Tentang Kami

Hai, Saya Fi.Zain

Haffizain Dalail mula terlibat dalam dunia pengurusan berat badan pada tahun 2009 dan aktif berkongsi cara dan membantu kenalan menurunkan berat badan.

Disebabkan beliau telah menurun dan mengekalkan berat badannya, ramai bertanya bagaimana cara yang terbaik. Haffizain terus aktif berkongsi dan memberikan solusi yang beliau praktiskan untuk membantu ramai orang menurunkan berat badan.

Alhamdulillah, dalam tempoh beberapa tahun ini beliau banyak membuat aktiviti Coaching secara online, dimana pengalaman sewaktu membuka kelab komuniti sihat digunakan untuk mendapatkan hasil yang berkesan walaupun secara atas talian.

Pengalaman yang dilalui secara berterusan tidak memberi kepuasan kepadanya. Beliau sering mengikuti Latihan Tempatan dan Antarabangsa bersama Doktor, Pakar, Ahli Saintis dan Pengamal Nutrisi yang telah disediakan oleh Syarikat.

Pada Januari 2021, beliau telah menubuhkan Nak Diet Online Coaching untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia menguruskan berat badan. Setakat ini, beliau bekerjasama dengan Coach Anuar (Misi Kurus Online) telah membantu lebih daripada 300 orang peserta dalam Program 21Hari Misi Kurus Online.

Selain itu, beliau aktif berkongsi tips senaman di akaun media sosial sebagai tambahan untuk meningkatkan kadar metabolisma badan dalam usaha kekal aktif dan cergas.

97+

Edisi program

50+

Peserta bulanan

300+

Penurunan KG lemak

1000+

Pelanggan berpuashati

Apakah yang dilakukan untuk Nutrisi Sihat?

Formula yang kami yakini untuk pengurusan berat badan yang mampan ialah 80% Pemakanan, 20% senaman dan 100% Pemikiran yang positif dan ilmu. Kami mengaplikasikan formula 3L dalam pemakanan: