Anda perlu tahu bagaimana cara untuk menaikkan kadar metabolisma kerana ini merupakan katalis utama untuk mempercepatkan proses menurunkan berat badan. Metaboisma merupakan gambaran proses penukaran makanan yang kita makan, hinggalah kepada penukaranya kepada tenaga. Penting kaedah mengawal pengambilan kalori memang membantu anda mencapai matlamat berat badan idaman, tetapi cepat atau lambat itu bergantung pada tahap metabolisma seseorang. Lebih tinggi kadar metabolisma anda, lebih cepat dan mudah anda turun berat badan.

Faktor yang meningkatkan kadar metabolisma
1. Minum Air Secukupnya
Minum air secukupnya akan membantu organ dan tubuh badan berfungsi secara optimum.
2. Tambah suplemen kalsium ke dlm diet harian anda.
Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih asli, ikan salmon, taufu dan oat.
3. Makan selang masa yang kerap dengan potion yang kecil.
Memakan snek dengan kerap dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ia bermakna ia memerlukan makanan. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya.
Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, kekacang, oat atau salad.
4. Tidur yang cukup dan berkualiti.
Tidur sekurang-kurangnya 5 ke 6 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.
5. Jangan Stress.
Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.
Perlukan Jurulatih dan rakan-rakan yang membantu dalam usaha menurunkan berat badan?. Setai kami sekarang, klik sini.
Pingback: 5 Jenis Senaman, mudah dilakukan di rumah - NakDiet Online