7 Mitos tentang Turun Berat Badan

Mitos adalah sesuatu yang kerap diperkatakan dan popular di kalangan masyarakat. Mitos mungkin tidak benar sebaliknya sering dipercayai.

Turun berat badan sangat berkaitan dengan gaya pemakanan dan kecergasan. Mitos hanya membawa kepada kesan buruk kerana faktanya tidak tepat.

  1. Turun berat badan adalah mustahil kerana berketurunan gemuk?

Keturunan ataupun genetic hanya 30% pkepada sebab dalam proses menurunkan berat badan. Manakala, 70% adalah gaya hidup yang berada dibawah kawalan setiap individu. Perkara ini berlaku disebabkan oleh setiap individu biasanya akan mewarisi gaya hidup dan pemakanan seperti menu masakan dan hidangan kegemaran. Gaya hidup dan pemakanan yang diwarisi menjadi penyebab kepada keturunannya turut mewarisi tubuh badan yang obes. Jika setiap individu dapat mengubah gaya pemakanan sihat dan mengamalkan senaman yang berterusan, setiap individu dapat menjamin berat yang ideal.

  • Minum air batu (ais) mengakibatkan kegemukan

Air batu tidak menggemukkan, sebaliknya adalah kalori yang berlebihan didalam minuman berpesrisa. Pengambilan air manis dan air bergas biasanya diambil bersama air batu (sejuk), inilah punca kepada kegemukan disebabkan kalori yang berlebihan. Air batu yang diperbuat dari air kosong adalah 0 kalori. Air kosong membantu mengekalkan hidrasi dalam tubuh badan dan membantu menurunkan berat badan.

  • Nak kurus tinggalkan makan nasi

Nasi adalah sumber karbohidrat yang membekalkan tenaga. Karbohidrat boleh didapati dari makanan seperti nasi, roti, mi, ubi kentang, gandum dan lain-lain. Sumber karbohidarat tidak menggemukkan, tetapi memang diperlukan dalam diet seharian dalam kuantiti yang sepatutnya mengikut setiap individu. Nasi dikaitkan dengan kegemukan apabila diambil secara berlebihan. Budaya pemakanan kita, jika makan tengahari memerlukan nasi, dan hampir setiap hidangan terdapat nasi sebagai komponen utama. Apabila nasi diambil tanpa mengira portionnya, nasi akan diambil berlebihan dan kalori juga berlebihan. Kalori yang berlebihan mengakibatkan kegemukan dan tidak dapat menurunkan berat badan. Nasi juga tidak boleh ditinggalkan sepenuhnya kerana tetap diperlukan sebagai sumber tenaga (karbohidrat).

  • Nak kurus wajib bersenam

Senaman sangat penting untuk mengekalkan kecergasan dan kesihatan. Bersenam memberi kesan hanya 20% kepada proses penurunan berat badan. Manakala 80% proses menurunkan berat badan adalah daripada pemakanan yang seimbang. Senaman membantu meningkatkan kadar metabolisma dan mempercepatkan lagi pembakaran kalori yang membantu proses penurunan berat badan.

  • Sukar bagi orang berusia menurunkan berat badan

Menurukan berat badan tidak bergantung kepada usia. Penurunan berat badan bergantung kepada jumlah kalori masuk dan kalori yang keluar dari badan. Faktor selesa dan tidak mengubah habit pemakanan adalah antara penyebab kepada orang yang berusia tua untuk sukar menurunkan berat badannya.

  • Pakai bengkung boleh kurus

Pemakaian bengkung hanya memberi kesan yang sementara sahaja dari segi penampilan luaran. Apabila bengkung tidak lagi digunakan bentuk tubuh badan kembali kepada asal (gemuk). Kurus dapat dicapai dengan adanya defisit kalori yang diambil setiap hari dan berterusan. Pengambilan makanan berkhasiat akan menjadikan bentuk badan lebih reshape.

  • Turunkan berat badan tidak memerlukan makanan tambahan

Makanan sangat berperanan dalam turun naik berat badan. Mengekalkan berat badan memerlikan gaya pemakan yang seimbang setiap masa. Dalam kehidupan seharian terdapat banyak cabaran untuk mendapatkan makanan yang seimbang. Antaranya adalah factor budaya dan sosial. Budaya kita yang suka dan kerap mengadakan majlis kenduri sering dihidang dengan makanan yang mewah dan tinggi karbohidrat. Begitu juga dengan faktor sosial yang sering mengajak untuk acara makan-makan bagi setiap aktiviti yang dijlankan. Kekurangan zat dan nutrisi dalam pemakanan seharian kita menyukarkan proses menurunkan berat badan. Pengambilan makanan tambahan seperti Vitamin, Mineral, protin dan lemak baik adalh sangat baik dalam membekalkan keseimbangan dalam pemakanan setiap individu.

Ilmu yang praktikal dan berkesan harus dipelajari dalam proses menurunkan berat badan. Belajar dari sumber yang betul dan selamat. Kumpulan sokongan yang berterusan menjamin perjalanan menurunkan berat badan dan menghasilkan kejayaan. Sertai kumpulan yang mempunyai matlamat yang sama.